RESEPI APAM

ANEKA RESIPI APAM-BAHAGIAN II

1. APAM SIMPLE

Bahan-bahan :
1 cawan gula*
4 biji telur*
1 sb ovallete*
3 sb susu pekat*
1 sk esen vanilla*
2 cawan tepung gandum
Pewarna pilihan
Perasa ikut citarasa

Cara-cara :
1. Blend semua bahan bertanda *.

2. Masukkan tepung gandum dan kaup balik sehingga sebati.
3. Masukkan pewarna atau perasa yang diinginkan.
4. Kukus selama 30 minit sehingga masak.

2. APAM COMEL

Bahan-bahan :
3 biji telur sejuk (dari dalam peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sk baking powder
1 sk ovalette
Filling – ikut suka
Pewarna – ikut suka

Cara-cara :

1. Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer bersama gula (boleh guna gula pasir je), biar hingga telur benar-benar kembang, baru diikuti dgn ovellete, tepung yg telah bercampur baking powder dan akhir sekali masukkan susu segar.

2. Pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang (dlm lebih kurang 8 minit).

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Titiskan pewarna ke setiap satu mangkuk tersebut menggunakan warna berlainan ikut kesukaan anda.

4. Utk buat corak, ambil dalam 1/4 cawan adunan asal dan warnakan ikut citarasa kemudian masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa. Potong bucu utk buat corak.

5. Picitkan/sudukan adunan berwarna ke dalam acuan kertas yang telah disusun dalam acuan lompang utk mengelak acuan dari mengembang ketika dikukus.

6. Letakkan filling secukupnya dengan menggunakan piping utk memudahkan kerja anda.

7. Picit lagi adunan berwarna sehingga penuh permukaan acuan kertas itu bagi mendapatkan apam yang montel.

8. Selepas itu bolehlah membuat corak ke atasnya dgn warna pilihan mengikut kreativiti sendiri.

9. Pastikan air pengukus betul-betul panas, baru masukkan adunan ke dalam pengukus.

10. Kukus dengan api yang perlahan, tutup pengukus dengan kain atau tuala untuk elakkan wap dari menitis ke atas apam selama 15-20 minit.

3. APAM GULA MELAKA

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 paket mauripan
Sedikit garam
1 cawan gula pasir
5 cawan air biasa
2 cawan gula melaka – dimasak dgn secawan air dan letak 2 helai daun pandan ke dlmnya kemudian sejukkan

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap selama 2 @ 2 jam setengah.
2. Panaskan kukusan dan oleskan loyang @ acuan dgn minyak masak.
3. Kukus 20-30 minit bergantung kepada acuan.

4. APAM KELAPA

Bahan-bahan :
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras (kalau tak letak pun tak apa)
75 gram gula perang (brown sugar) atau gula merah
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air – larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara :

1. Gaul rata tepung dan tepung beras dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata supaya tidak berbintil-bintil.

2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.

3. Kukus atas air mendidih selama 40 – 45 minit (balut penutup kukus dengan kitchen towel supaya wapnya tak keluar. Apam cantik gebu..).

4. Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong.

5. Hidangkan bersama kelapa parut tadi.

** Apam kelapa yang simple ni, kalau nak buat berwarna warni, asingkan bancuhan kepada tiga warna.., contohnya warna hijau, pink dan kuning. Masukkan dalam cup dan kukus. Sama caranya macam buat satu warna di atas tu ya..

5. APAM STRAWBERI

Bahan-bahan :
230g gula kastor/halus
2 biji telur
1 sk teh ovellate
1 sk esen vanila
250g tepung gandum
1 cawan air aiskrim soda
Pes strawberry

Cara-cara :

1. Pukul gula, telur, ovellate hingga kembang dan putih.

2. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.

3. Masukkan tepung dan air aiskrim soda secara selang seli sampai habis, kacau sebati.

4. Panaskan air kukusan.

5. Masukkan sedikit paste strawberry dan kacau rata.

6. Akhir sekali sediakan acuan (sapu minyak supaya tak melekat.

7. Kukus selama 10 minit.

8. Nak makan bersama kelapa parut + garam pun blh, nak makan terus pun blh.

6. APAM SUSU

Bahan-bahan :
4 biji telur
1 cawan gula
1 sdt esen vanilla
1 sdb ovalette
4 cawan susu pekat
1½ cawan tepung gandum

Cara-cara :
1. Blend telur, susu, gula, esen vanilla dan ovalette sampai kembang (blend 3 minit).
2. Masukkan dlm bekas dan bubuh tepung gandum.
3. Gaul sebati.
4. Panaskan pengukus.
5. Sapu majerin pada acuan dan masukkan adunan.
6. Kukus selama 40 minit.
** Pastikan air betul2 mendidih dan balut tutup periuk ngan kain..

7. APAM SUSU + BANDUNG

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan susu bandung
1 sb yis
3/4 cawan air

Cara-cara :
1. Bancuh kesemua bahan hingga sebati kecuali susu pekat dan susu bandung.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dicampurkan dengan susu pekat dan satu bahagian lagi dimasukkan susu bandung. Sebatikan dan pukul lagi. Perap selama 1 jam.
5. Sudukan setiap bahagian adunan ke dalam acuan berselang seli atau ikut kreativiti. Biar adunan kembang sekejap.
6. Panaskan pengukus dan kukus 25 minit hingga masak.

8. APAM YOGURT

Bahan-bahan :
2 cawan gula
1 sudu teh ovellete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt segar asli
1 biji telur
1/2 sudu double action baking powder
Pewarna merah

Cara-cara :
1. Sediakan periuk pengukus dan didihkan air kukusan.
2. Satukan kesemua bahan.
3. Putar/pukul bahan hingga sebati, adunan akan bertukar menjadi putih pucat dan pekat beralun.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampur dengan pewarna merah.
5. Masukkan adunan ke dalam plastik or piping bag. Ini adalah untuk memudahkan proses memasukkan adunan dalam papercup. (Adunan sgt pekatttt).
6. Piping adunan 3/4 penuh ke dalam paper cup selang seli ikut kreativiti.
7. Kukuslah hingga 15-20 minit hingga apam masak dan kembang mekar.

9. APAM BAHULU

Bahan-bahan :
6 biji telur
1 cawan gula/susu pekat manis
1 sudu besar ovallete
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul telur, gula/susu, esen vanilla hingga gebu
2. Masukkan tepung gandum dan mix sampai sebati.
3. Masukkan dalam acuan yg dah disapu minyak.
4. Kukus selama 15 minit – jika acuan besar kukus 1 jam.

10. APAM DEWA

Bahan-bahan :
6 biji telur itik
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1¼ penutup esen rose (utk hilangkan bau hanyir telur)
Pewarna

Cara-cara :
1. Pukul telur bersama gula, esen rose hingga kembang (putih).
2. Setelah kembang, masukan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai.
4. Sapu loyang dengan minyak kemudian masukan adunan ke
dalam loyang berselang seli.
5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

11. APAM ROSE

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
Pewarna yang disukai

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam.
2. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih.
3. Masukkan susu pekat manis dan tepung gandum dan putar lagi hingga sekata.
4. Kaup balik adunan hingga rata dan bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
5. Sediakan acuan rose dan sapukan minyak pada acuan .Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis.
6. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 15 minit.
7. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk seketika.

12. APAM PISANG HARUM MANIS

Bahan A :
100 gm gula merah
120ml air 1 helai daun pandan

Bahan B :
2 biji telur
60 gm gula halus
1 st esen vanila

Bahan C :
120 gm tepung gandum
1/2 st b/powder
1/2 st b/soda
Secubit garam

Bahan D :
1 sb marjerin/butter- cairkan
2 biji pisang – potong bulat, sederhana tebal

Cara-cara :
1. Masakkan hingga mendidih bahan A-tapis.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan masukkan esen vanila, pukul lagi sekejap.
3. Bahan C ayak, masukkan dlm adunan telur selang seli dgn gula merah tadi, kacau gunakan sudip hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan butter cair, kacau rata2.
5. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan tuang adunan higga penuh dan letakkan pisang hiris tdi dan kukus selama 15 minit.

13. APAM PISANG COMEL

Bahan A :
1 cawan pisang (lenyek)
1/2 cawan minyak masak/jagung
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
~ satukan kesemua bahan di atas..

Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder

Bahan C :
1 sdm milo
1 sdm serbuk koko/coklat
* 1/8 tsp pewarna kuning

Cara-cara :
1. Tuangkan campuran bahan (A) ke dalam bahan (B) dan kacau sebati.
2. Asingkan menjadi 2 bahagian.
3. Bhgn 1 – tambah dengan bahan (C).
4. Bhgn 2 – tambah dengan pewarna kuning.
5. Perap 20 minit.
6. Sapu minyak pada acuan sebelum dimasukkan adunan.
7. Sudukan adunan secara berselang-seli atau ikut kreativiti.
8. Kukus dengan api besar selama 15-20 minit sehingga masak.

14. APAM PISANG GULA MERAH

Bahan-bahan :
200gram tepung gandum (diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
50 ml air gula merah (40 gram gula merah dicampur dengan 50ml air dan sehelai daun pandan di simpul, kemudian direbus hingga gula larut, sejukkan baru guna)
1 sudu besar gula
120 gram pisang lecek (dari 2 biji pisang yang sudah masak ranum)
50ml cawan susu segar/santan
30gram gula
2 sudu kecil yis

Cara-cara :
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian di dalam bekas adunan, masukkan pisang yang telah dilecek, gula dan telur, dengan menggunakan hand whisker atau spatula atau senduk kayu, kacau semua bahan tadi hingga sebati.
2. Selepas itu masukkan tepung di selang seli dengan susu segar, kemudian masukkan air gula merah, madu dan yis, kacau sebati dan pastikan semua adunan mesra dan tidak berketul.
3. Tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau pun kain bersih dan perap adunan selama 1 jam, setelah adunan naik dua kali ganda, sudukan adunan dalam acuan kecil ataupun ape jua acuan kegemaran anda, nak kukus terus dan letak dalam loyang bulat atau petak pun boleh. Jika menggunakan acuan kuih puteri ayu, pastikan acuan di sapu sedikit dengan minyak masak.
4. Panaskan kukusan, pastikan adunan disudukan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 8 ke 10 minit dengan menggunakan api sederhana.
5. Sedap dimakan bila masih panas dan hidangkan apam pisang gula merah tadi dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

15. APAM PISANG COKLAT

Bahan-bahan :
1 cawan gula
3 biji telur
4 biji pisang berangan sederhana besar
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu teh soda
1 sudu teh esen pisang
2 sudu besar sirap oren sunkist perisa tropikana
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu cair
3 sudu besar marjerin

Cara-cara :
1. Blend kesemua bahan kecuali tepung sehingga sebati.
2. Ayak tepung, soda, serbuk koko.
3. Masukkan tepung blend lagi. Jika blend tidak berpusing sila kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
4. Panaskan kukusan, masukkan adunan 3/4 penuh guna acuan cup cake.
5. Kukus selama 20 minit sehingga masak. Uji dengan lidi memastikan ia betul2 masak.

16. APAM SERI AYU CHEESE

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan santan / susu cair
2 biji telur
1 sk ovallete
Pewarna pilihan
Esen vanilla
Perisa pilihan

Bahan cream cheese :
250gm cream cheese
80gm gula kastor
25ml air putih
20gm tepung gandum
1 biji telur
** Satukan semua bahan cream cheese dan sebatikan guna mixer..

Cara-cara :
1. Pukul gula & telur hingga kembang. Pastu masukkan ovalette then masukkan esen vanila (setengah penutup esen dah cukup).
2. Masukkan tepung, susu cair dan pukul lg hingga sebati.
3. Sediakan acuan seri ayu dan oleskan sedikit minyak.
4. Isikan cream cheese ke dlm acuan seri ayu dan kukus selama 2 minit dgn api kukusan yg sederhana.
5. Setelah cheese dah masak (2 minit kemudian), masukkan adunan berwarna tadi dan kukus 7-10 minit sehingga masak.

17. APAM COKLAT

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air (suam panas)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur gred A
1 kecik soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :
1. Mix gula + telur hingga kembang. 2. Masukkan minyak masak dan susu pekat, mix sampai sebati.
3. Masukkan air (suam panas).
4. Masukkan soda dan serbuk koko, mix lg kemudian masukkan tepung gandum dan mix sampai adunan sebati – utk adunan ni nak guna blender pun boleh ye.
5. Panaskan air dulu utk mengukus, guna api kecil utk kukus selama 18-20 minit.

18. APAM PANDAN

Bahan-bahan :
3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan (kisar satu lima helai pandan dan tapis)
1 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 paket yis mauripan (11 gram )
1 sudu teh garam
Pewarna hijau sikit

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dan kacau sampai sebati.
2. Perap selama satu jam
3. Dah siap perap, sapu minyak pada acuan.
4. Tuang adunan separuh acuan.
5. Kukus selama lima belas minit atau sampai masak.
6. Dah masak, biarkan seketika. Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.

19. APAM PANDAN CHEESE

Bahan-bahan :
2 cawan self raising flour (brand bluekey)
1/2 cawan gula kastor (nak manis lg boleh tambah)
2 biji telur gred A
1 cawan susu cair
5 helai daun pandan
1/4 cawan santan kotak
1/2 cawan marjerin (cairkan)
1 sudu kecil pewarna hijau
Cheddar cheese (utk topping)

Cara-cara :
1. Blend susu cair dgn daun pandan, tapis.
2. Campurkan tepung dan gula, ketepikan.
3. Pukul telur sampai gebu, masukkan santan, marjerin, dan bahan blend tadi kacau rata
kemudian masukkan pula campuran tepung sedikit-sedikit hingga sebati.
4. Sapu acuan dengan minyak, masukkan adunan 3/4 dan kukus 20 minit.
5. Keluarkan dari acuan dan letak cheddar cheese sebagai topping.

20. APAM PANDAN COKLAT MEKAR

Bahan-bahan :
180gm gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh ovelette
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150ml air sprite atau aiskrim soda
1 sudu besar pandan emulco
1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara :
1. Sediakan acuan apam dan alas dgn cawan kertas. Panaskan kukusan dengan api besar hingga berwap.
2. Campur semua bahan menjadi satu, pukul selama 10 minit hingga adunan bercampur dan menjadi gebu.
3. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan pandan emulco ke dalam satu bekas dan satu bekas lagi dimasukkan coklat emulco.
4. Tuang adunan ke dalam cawan kertas dan selang seli adunan pandan dan coklat. Adunan perlu dituang hingga penuh cawan kertas agar apam berkembang mekar.
5. Kukus selama 20 minit dengan api besar. Jangan lupa bungkus penutup kukusan dengan kain untuk mengelak dari air menitis. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

21. APAM JAGUNG

Bahan A :
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil mauripan
3 sudu besar air suam
** Satukan dan biarkan 10 minit..

Bahan B :
1/2 cawan krimer jagung dlm tin
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Gula + santan diblender hingga gula hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, blender sekejap.

Bahan C :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
* Ayak

Cara-cara :
1. Satukan bahan B dan C. Kacau2 sebatikan.
2. Masukkn bahan A, kacau dan sebatikan lagi.
3. Perap adunan 3 jam.
4. Acuan di sapu minyak.
5. Air kukusan betul2 mendidih.
6. Kukus 15 minit dengan api besar.

22. APAM LABU

Bahan A :
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam

Bahan B :
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor
1 biji telur A/B

Bahan C :
245 gm tepung gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)

Bahan D :
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.
2. Lecek labu kukus sehingga halus. Masukkan air/santan, gula kastor dan telur. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati. Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati. Rehatkan selama 1 jam.
4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik atau boleh juga aturkan paperliner ke dalam acuan apam. Panaskan air dalam periuk kukusan.
5. Cukup 1 jam diperap, kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam hingga hampir penuh atau boleh juga masukkan dalam piping beg besar & picitkan apam ke dalam acuan2 kecil tersebut. Kukus apam selama 15 – 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil. Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 – 50 minit. Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.
6. Bolehlah hidang apam labu manis dengan kelapa yang digaulkan dengan garam atau boleh juga dimakan begitu saja pun dah cukup sedap.

23. APAM KELEDEK

Bahan A:
3/4 cawan gula pasir
200ml air
1 helai daun pandan simpul

Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan keledek oren direbus
250ml santan
secubit garam
1 sk yis
1 sk baking powder
Kelapa parut putih

Cara-cara :
1. Masak bahan A sehingga gula larut dan mendidih. Biarkan sehingga sejuk.
2. Kisar keledek rebus dengan santan kemudian ketepikan sebentar.
3. Dalam bekas lain satukan tepung beras, tepung gandum, garam, yis dan baking powder lalu campurkan keledek yang dikisar bersama santan dan air gula serta digaul sebati. Perapkan selama 1 jam.
4. Sapukan loyang dengan minyak kemudian masukkan bahan tadi dan kukus selama 40minit. Jika pakai acuan kecil, sapu minyak dahulu kemudian kukus selama 15minit.
5. Sedia dihidang bersama kelapa parut.

24. APAM KELADI MEKAR

Bahan A:
20gm tepung gandum
35ml air
1 sudu teh yis segera

Bahan B:
100gm gula pasir
150gm keladi – dikukus dan dilecek halus
1 biji telur
130gm tepung gandum
85ml santan – dari 1/2 biji kelapa
1/4 sudu teh garam
1 titik pewarna ungu
1/2 sudu teh pes keladi

Cara-cara :
1. Bahan A kacau rata tepung gandum, air dan yis. Biarkan selama 30 minit.
2. Bahan B campur gula dan keladi, gaul rata sehingga gula hancur.
3. Masukkan telur dan bahan A, gaul rata. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan suam dan garam sambil diuli rata atau gaul rata.
4. Tuangkan baki santan suam sedikit demi sedikit sambil di gaul dan dipukul perlahan dengan mengunakan pemutar spiral selama 15 minit.
5. Masukkan pewarna ungu dan pes. Kacau rata. Biarkan selama 45 minit.
6. Panaskan acuan muffin kecil yang disapu nipis minyak dalam periuk kukus selama 10 minit atas api besar.
7. Tuangkan adunan setinggi acuan. Kukus selama 20 minit dengan api besar sehingga masak.

Posted on March 22, 2019, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: