5 Fasa Menuju Kejayaan
5 FASA MENUJU KEJAYAAN
1) Fasa Excited/Semangat – Masa ini jiwa kita sangat bersemangat untuk buat bisnes. Setiap hari sharing & posting di media sosial
2) Fasa Mula Diuji – Ada adik beradik perli. Tiada sokongan keluarga malah diuji dengan kata-kata negatif orang sekeliling berkenaan bisness anda. Orang-orang negatif yang cuba menjatuhkan anda dikategorikan sebagai biawak
3) Fasa Down 😰 – Fasa ini ramai yang tidak mampu untuk bangkit sebab terlalu banyak layan biawak sekeliling. Biawak sentiasa melintas di perjalanan anda. Akhirnya anda terpaksa stop, berhenti di tengah jalan sebab sudah tidak larat menahan ujian. TETAPI, jika anda berjaya hadapi segala ujian, maka anda akan naik ke fasa 4.
4) Fasa Bangkit Dari Kegagalan ☺ – Orang yang berjaya bangkit dan konsisten dalam fasa ini, maka dia akan terus buat tanpa henti. Dia sudah kenal erti fokus & tahu cara untuk atasi perasaan putus asa dengan mengabaikan biawak-biawak sekeliling. Perjalanan bisnes anda akan kembali stabil dan pasti akan naik ke fasa 5.
5) Fasa KEJAYAAN 😍 – Inilah fasa yang dinantikan & didambakan oleh semua usahawan. Perasaan yang sangat PUAS apabila dapat tunjuk hasil kejayaan kepada biawak-biawak sekeliling. Jiwa raga yang kental dengan segala macam bentuk ujian yang melanda dapat diatasi dengan tenang. Ianya akan membuatkan anda berjaya capai apa sahaja cita-cita, kebebasan kewangan, bebas membeli impian, bebas hutang dan akan terus bersemangat melahirkan usahawan-usahawan baru tanpa henti
Jadi, teruskan sahabat. Jangan stuck di fasa ke-3. Bangkitlah dan teruskan melangkah kerana kejayaan amat hampir dengan insan yang berusaha tanpa kenal erti putus asa! 💪🏻
Posted on April 11, 2019, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0