Resepi Puding Caramel, Inda hanyir dan inda perlu kukus

 

resepi-puding-karamel.jpg“Nyamannya puding karamel. Kalau buat untuk sungkai karang ni mesti nyaman. Tapi, ada nda resepi yang nda perlu guna telur? Selalu buat keciuman bau telur bah.”

Memang nikmat makan puding karamel, sejuk rasa leher. Lebih-lebih lagi kalau dapat waktu masih panas-panas, kan?

Tapi nda semua orang boleh makan puding karamel sebab ada yang alergic dengan telur. Kadang-kadang kalau nda tau cara, puding yang kitane buat pun boleh berbau hanyir.

Ini dia resepi puding karamel tanpa telur yang mudah dan cepat hasil perkongsian Puan Mimiey Zuhaa. Yang seronoknya, ia nda perlu dikukus pun! Yang inda boleh makan pun mesti boleh makan.

Jom kitane ikuti resepi beliau di bawah ani.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR. INDA HANYIR & INDA PERLU KUKUS!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

Bahan gula karamel:

  • ¼ cawan gula
  • 3 sudu besar air

Bahan puding:

  • 1 paket agar-agar (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • ¾ cawan gula (kalau nak manis lagi letak 1 cawan)
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA

Jom kita tengok cara-cara membuatnya pula.

1. Buat Gula Karamel

Mula-mula, kita panaskan gula dan air di dalam periuk dengan api perlahan. Tunggu sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Inilah gula karamel.

Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang /acuan dan ketepikan dulu.

2. Masak Puding

Dalam satu periuk lain, satukan kesemua bahan untuk puding dan masak atas api perlahan.

Tunggu sampai ia larut dan tidak berketul. Bila adunan dan agak pekat, boleh tutupkan api.

3. Tapis

Seterusnya, tapis adunan puding dan masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.

4. Sejukkan

Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau hingga adunan puding mengeras.

Bila dah keras, cemanelah hasilnya. Siok liat, kan?

 

puding-karamel-1.jpgOk dah siap, bolehlah potong dan hidangkan untuk dimakan sejuk-sejuk. Nyaman!

 

puding-karamel-3.jpg

MUDAHNYA, RUGI TAK CUBA!

Inda susah kan? Sesuai untuk dijadikan pencuci mulut dan boleh jua dihidangkan bila tetamu datang.

Mudah, ringkas dan cepat. Rugi inda cuba tau!

 

 

 

 

Posted on May 7, 2019, in RESIPI and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: