Petua Berkesan Halau Monyet Yang Mengganggu Tanaman Anda

Kehadiran monyet atau beruk hutan serta binatang perosak lain di kebun bukan sahaja memusnahkan tanaman malah membahayakan keselamatan. Sebelum ini pokok durian dan beberapa tanaman lain yang saya tanam di kebun juga pernah di serang oleh monyet dan babi hutan.

Mujurlah ada petua halau monyet yang saya temui melalui internet. Bagi saya ianya amat berkesan dan monyet tidak lagi datang menganggu tanaman saya. Anda juga boleh cuba petua ini di kebun anda.

Petua lain halau monyet dan binatang lain ialah menggunakan sejenis sebatian yang menyerupai bau kencing harimau, boleh beli secara online. Caranya sembur di kawasan kediaman atau kebun anda, monyet dan binatang lain tak akan datang lagi.

Kali ini saya kongsikan cara buat pati atau sebatian yang menyerupai bau kencing harimau sebagai option, cara buat yang mudah dan amat menjimatkan daripada beli di kedai. Boleh buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

Belacan

Ubat gegat (Tak kisah jenama apa pun boleh)

Cara-cara buat:

  1. Bakar belacan tadi untuk menaikkan lagi aromanya dan hancurkan jadi kepingan kecil
  2. Hancurkan ubat gegat menjadi butiran kecil
  3. Sediakan botol mineral terbuang yang telah di lubangkan di bahagian atas dan masukkan belacan dan ubat gegat tadi. Kuatitinya terpulang pada anda. Lagi banyak lagi bagus supaya baunya lagi power.
  4. Tutup hingga ketat botol dan ikat tali pada tengkuk botol sebagai tempat untuk gantung
  5. Letak botol yang berisi ubat gegat dan belacan tadi di kawasan kebun ataupun kediaman anda. Boleh buat hingga beberapa botol. Lebih banyak, lebih bagus.

Selamat mencuba!
👇👇👇

Posted on June 27, 2019, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: