Category Archives: RESIPI

Resepi Kek Pandan

06a54ef7-164c-4ab3-81d5-10d44cbe4fee.jpg

 

Resepi Kek Pandan

Bahan2

150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air
4 helai daun pandan
80 ml mentega cair
1 sudu besar ovellete
Pewarna hijau
Pandan emulco

Sebelum kita mulakan proses membuat kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu.
Ketuhar perlu dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan
Suhu yang dicadangkan adalah 170C, ini bergantung pada jangka hayat ketuhar masing-masing.
Sediakan loyang bulat atau empat persegi
Untuk resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inc
Jika anda ingin membuat 1 kek gunakan loyang yang lebih besar

1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak
3. Mentegar di cairkan

Cara2

Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder.

Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan gebu
Anggaran masa memukul 10 minit

Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan emulco.
Terus putar dengan kelajuan tinggi

Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata

Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang

Bakar pada suhu 170C selama 40 minit

Kek ini akan mengecut sedikit dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar

Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai
Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti

Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang

Resepi kastard

Bahan (A)
160 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Cara2

Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad dan lapisan akhir pun sama habiskan kastard tadi.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Masak Pizza tanpa Oven

Karang membuat untuk penyungkaian sempat lagi ne mommy

Lakas tane membuat..

Silakan share mommy untuk manfaat bersama.

Click link d bawah untuk share dlm FB atau wasap.

Resepi Puding Caramel, Inda hanyir dan inda perlu kukus

 

resepi-puding-karamel.jpg“Nyamannya puding karamel. Kalau buat untuk sungkai karang ni mesti nyaman. Tapi, ada nda resepi yang nda perlu guna telur? Selalu buat keciuman bau telur bah.”

Memang nikmat makan puding karamel, sejuk rasa leher. Lebih-lebih lagi kalau dapat waktu masih panas-panas, kan?

Tapi nda semua orang boleh makan puding karamel sebab ada yang alergic dengan telur. Kadang-kadang kalau nda tau cara, puding yang kitane buat pun boleh berbau hanyir.

Ini dia resepi puding karamel tanpa telur yang mudah dan cepat hasil perkongsian Puan Mimiey Zuhaa. Yang seronoknya, ia nda perlu dikukus pun! Yang inda boleh makan pun mesti boleh makan.

Jom kitane ikuti resepi beliau di bawah ani. Read the rest of this entry

Turunkan berat badan semasa Puasa dengan cara sihat

 

Screen-Shot-2017-12-18-at-11.12.40-AM.png

Oat ane yang paling Aza payah kan makan, tapi yang ane nyaman hantap bila dicampurkan dengan bahan yang betul dan ianya akan lebih mengenyangkan.

Biskita sudah maklumkan Oatmeal atau bijiran oat merupakan salah satu makanan yang sihat. Ia jua sering dihidangkan dan dijadikan makanan kesihatan buat pesakit jantung atau yang punya masalah kolesterol yang tinggi. Bahkan kitane  orang biasa inda ada Read the rest of this entry

RESEPI Serbuk colek ala Thai. Paling sedap dan mudah

RESEPI Serbuk colek ala Thai. Paling sedap & mudah.Bahan-Bahan:
Lada kering 15 tangkai
Belacan 3 inci
Udang kering 1 cawan
Gula pasir 2 cawan

Cara2:-
sengai semua bahan2 kecuali gula.
dah garing semua bahan2 tu… sejukan dan bland kering.. kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu..
terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati…
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya…
selamat mencuba…..🤗🤗

RESEPI LASAGNA DAGING MUDAH

RESEPI LASAGNA DAGING MUDAH

Bhn inti :
Daging kisar (1paket 400g) kt guna brnd ramli burger
Sos prego spageti (1 tin)
Sos cili- kt tmbh sbb nk rasa pedas
Bawang besar 1biji -cincang
Bawang putih 5ulas-cincang
Serbuk lada itam
Garam

Read the rest of this entry

KEK BROWNIES

Yummy…. 😋😋😋

.

Kek brownies

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A:

1 cwn butter cair
1 cwn susu cair
1 cwn air panas
2 cwn gula perang

Bahan B:

2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C:

Read the rest of this entry

Resepi Begedil Simpel

Tesliur meliat orang bejual begedil atu, pi ragu ragu kan membali. Mana inda, nda tau apa minyak di pakai nya, apa tapung di pakai nya, yang paling utama sekali, adakah inda inti daging or ayam nya tu.. iatah membari malas tu ah mommy? hahaha.. Nah ane Aza share Resepi Begedil paling simpel paling senang di buat. InsyaAllah.

✅Rabus ubi kentang sampai licak.
✅mince beef kita boleh goreng dulu (kira masakkan dulu dan tapis)
✅daun sup potong²
✅if mau tambah bawang besar boleh jua, cincang. Read the rest of this entry

RESEPI AYAM ALA KOREA

Resepi ayam ala korea sedap gila tp terlalu senang dan mudah!
versi pedas dan versi tak pedas!

Read the rest of this entry

Resepi Kek

Bahan-Bahan:

250 gram butter

1/2 cawan susu pekat

21/2 Milo

Read the rest of this entry

%d bloggers like this: