Category Archives: Keluarga

45 Del ke 57 Del

 

download.jpg

Semasa ibu hamil, perutnya akan mengembang 500kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. 


~ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
~ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 DEL. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 DEL yang bersamaan dengan 20 tulang patah serentak.
~ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
~ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa² yang lalu bagi wanita itu.
~ Ibu bersalin akan dapat pahala 70tahun solat dan puasa.
~ Setiap kesakitan pada uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji.

Sakit kan? Jangan sesekali jadi anak derhaka. Hargailah dia, selagi dia ada didunia ini]
#Sesiapa sayang ibunya sila copy teks ni, dan bagi semua orang tahu bahawa jasa ibu itu sungguh besar.


Sayang ibuuuu….
Al fatihah buat yg telah mendahului kita😭

Kesihatan itu Tiada Tandingan

Untuk renungan bersama:

STEVE JOBBS

pengasas/pemilik APPLE Co.

Kekayaan bersih USD 10.5 Billion

atau setara RM 46 Billion.

Meninggal pada

5 Oktober 2011.

Beliau lahir 24 Februari 1955.

Meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Kata-kata terakhir

Steve Jobbs

sebelum meninggal:

Dalam dunia business,

aku adalah simbol dari kejayaan,

seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan,

kerana selain kerja,

hobiku tak banyak.

Saat ini

aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan,

nama, dan kedudukan,

semuanya itu tidak ada ertinya lagi.

Malam yang hening,

cahaya dan suara mesin

di sekitar katilku,

bagaikan nafasnya

maut kematian yang hampir pada diriku.

Sekarang aku mengerti,

seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja

itu sudah cukup.

Mengejar kekayaan tanpa batas itu

bagaikan monster yang mengerikan.

Tuhan memberi kita organ-organ perasa,

agar kita boleh merasakan cinta kasih

yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.

Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah

— itu hanya ilusi saja.

Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup,

tak mungkin boleh ku bawa pergi.

Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.

Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.

Katil apa yang termahal di dunia ini ?

Katil orang sakit.

Orang lain boleh bukakan kereta untukmu,

orang lain boleh kerja untukmu,

tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.

Barang yang hilang boleh didapatkan kembali,

tapi nyawa hilang

tak boleh kembali lagi.

Saat kamu masuk

ke bilik bedah,

baru kamu sedari betapa berharganya kesihatan itu.

Kita berjalan di jalan kehidupan ini.

Dengan berlalunya waktu,

suatu saat akan sampai tujuan.

Bagaikan panggung pentas pun,

tirai panggung akan tertutup,

pentas telah berakhir.

Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah

hubungan kasih antara keluarga,

cinta akan suami-isteri

dan juga kasih persahabatan antara teman.

*HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA*

Indahnya seorang wanita

download.jpg

Indah nya seorang Wanita – 19 Hadis Tentang Wanita

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
  10. 10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. 11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak- anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.

Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Happy Mothers Day

Lembut wanita kerana senyumannya….
Cekal wanita kerana beraninya….
Patuh wanita kerana kesetiaanya….
Sabar wanita kerana imannya….
Kasih wanita kerana belaiannya….
Lemah wanita kerana airmatanya…..
Ikhlas wanita kerana simpatinya……
Pendam wanita kerana cemburunya…..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya…
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini…disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita… .
Selamat Hari Ibu..
,•’“’•,•’“’•,
’•, HAPPY
’•,,•’
,•’“’•,•’“’•,
’•, mommies
’•,,•’
,•’“’•,•’“’•,
’•, DAY. . •
’•,,•’

buat semua yg bergelar ibu❤

Cara Membina Keluarga Bahagia

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Setiap manusia juga inginkan sebuah keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan keluarga bahagia.

1. Menunjukkan Contoh Teladan Yang Baik Kepada Anak-Anak
Anak adalah tanggungjawab besar yang diamanahkan. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada mereka kerana mereka yang paling kerap berada dengan kita. Tutur kata yang sopan dan lemah lembut juga akan dapat keharmonian dalam keluarga. Elakkan sikap negatif seperti bergaduh, maki hamun dan penderaan.

download-1.jpg

2. Mengawasi Aktiviti Anak-Anak
Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan yang buruk akhlak dan sikap yang buruk. Kerana anak-anak yang sedang membesar semestinya Read the rest of this entry

%d bloggers like this: