Resepi Kek Pandan
Resepi Kek Pandan
Bahan2
150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air
4 helai daun pandan
80 ml mentega cair
1 sudu besar ovellete
Pewarna hijau
Pandan emulco
Sebelum kita mulakan proses membuat kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu.
Ketuhar perlu dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan
Suhu yang dicadangkan adalah 170C, ini bergantung pada jangka hayat ketuhar masing-masing.
Sediakan loyang bulat atau empat persegi
Untuk resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inc
Jika anda ingin membuat 1 kek gunakan loyang yang lebih besar
1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak
3. Mentegar di cairkan
Cara2
Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder.
Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan gebu
Anggaran masa memukul 10 minit
Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan emulco.
Terus putar dengan kelajuan tinggi
Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata
Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
Kek ini akan mengecut sedikit dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai
Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti
Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang
Resepi kastard
Bahan (A)
160 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam
Cara2
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad dan lapisan akhir pun sama habiskan kastard tadi.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..
JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK SHALAT, PUASA DAN ZIKIR KARENA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG…
MAU TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG…
Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah.
Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang..
Allah.. : SHOLAT.
Sholat mu itu untukmu sendiri, karena dengan mengerjakan sholat.. engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar…
DZIKIR : Dzikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang…
PUASA uasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri…
Nabi Musa : Lalu apa ibadahku yang membuat hatiMu senang Ya Allah …
Allah : SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu.
Itulah yang membuat AKU senang, karena tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir disampingnya.
Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)…
Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu… maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.
Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain… maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang karenanya.
Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidupmu lapang dan bahagia…
(Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali…
Saudaraku seiman sebarkanlah ilmu ini,, agar makin Barokah. In Syaa’ Allah pahalanya slalu mengalir kpdmu,, walaupun anda sdh tiada..!!!
Anak

Anak Anak
Ibu : Ustaz, saya penatlah, anak-anak aktif, cakap kena jerit-jerit, rumah semak. Ustaz ada ayat tak, nak bagi anak dengar cakap?
Sang faqir : Ayah mereka buat apa?
Ayah : Saya pun larang juga ustaz, kadang-kadang tak sabar, rotanlah habuannya, oklah sekejap. Lepas tu, ulang balik. Naik penat dah.
Sang faqir : Anak berapa orang ya?
Ayah : 4 orang, ustaz. Semua hero.
Ibu : Lasak ustaz. Kot kalau ada ayat pelembut hati untuk anak-anak bagi dengar cakap, bagilah ustaz. Kami cuba.
Sang faqir : Umur berapa ya anak-anak?
Ibu : Yang sulung 10 tahun, yang kedua 7 tahun, yang ketiga 5 tahun, yang bongsu 3 tahun.
Sang faqir : So, sekarang nak ayat bagi anak lembut hati, dengar cakap la ye?
Ibu dan Ayah sama-sama mengangguk.
Sang faqir : Sebelum saya nak bagi ayat untuk amalan, saya ada soalan nak tanya. Boleh?
Ayah : Boleh ustaz. Boleh.
Sang faqir : Sekarang masing-masing lasak, ‘tak dengar’ cakap, rumah semak. Nak tanya, masa mereka berumur 18 atau 20 tahun, agak-agak rumah semak lagi tak? Boleh Nampak mereka berlari-lari dalam rumah tak? Ada Nampak mereka lompat-lompat atas sofa di rumah tak? Ada Nampak mereka main air dalam bilik air tak? Ada Nampak mereka tukar-tukar baju, kemudian datang depan kita, tanya kita, “mak ayah, cantik tak?” Agak-agak dalam 8 tahun lagi, ada Nampak tak semua itu dalam rumah kita?
Ibu dan ayah tertunduk diam. Si ibu menitiskan air mata. Si ayah terdiam.
Sang faqir : Fitrah anak-anak adalah bermain. Kita sebagai ibubapa tidak boleh halang fitrah tersebut. Kita boleh bentuk fitrah tersebut. Kerja dengan mereka. Komunikasi. Itulah ayat pelembut hati untuk anak-anak.
Cuba kita periksa, berapa kali dalam sehari kita baca Al Quran dengan mereka? Berapa kali kita ceritakan kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta Sahabat atau Para Ulama kepada mereka? Berapa kali kita sentuh anak kita dengan belaian? Berapa kali kita peluk anak kita? Berapa kali kita cium anak kita? Berapa kerap kita berbual dengan anak-anak kita? Agak-agak dalam 8 tahun lagi, kita boleh kah buat semua tu pada mereka?
Kita asyik fikir, yang kita perlukan ketenangan, ada kita fikir yang mereka perlukan kasih sayang?
Anak kita nakal, berlari sana sini, lompat sana sini. Sedarkah kita, mereka sedang menegur kita? “Mak ayah, kami kekurangan belaian, belailah kami.”
8 tahun lagi, tuan puan. 8 tahun lagi. Kita tidak akan nampak dah situasi sekarang. Yang kita Nampak waktu itu adalah kenangan tempat mereka melompat, tempat mereka berlari, tempat mereka jatuh.
Kita sebagai ibubapa bukan sekadar membilang hari untuk umur kita, tetapi kita perlu mengira hari umur anak-anak, mereka akan semakin membesar, tidak lama, jika dikira, sebentar sahaja semuanya pantas berlalu. Kenapa perlu BUANG MASA?
Bentuk mereka, main bersama mereka. Ajak mereka kerja bersama. Bukan mereka kerja untuk kita.
Melarang mereka, hanya akan sekadar membuatkan mereka lebih memberontak.
Peluklah mereka, ciumlah mereka, berbuallah dengan mereka dan belailah mereka. Kerana 8 tahun lagi, semua itu sudah terhad untuk kita lakukan.
(Ibu dan Ayah tadi menangis)
Ibu : Saya salah ustaz. Saya bukan ibu yang baik. Memang saya asyik marah saja anak, saya tak perasan pun mereka kurang belaian saya. Saya salah.
Ayah : Saya pun asyik marah-marah diorang ustaz. Tak terlewat lagi kan untuk saya ubah, ustaz?
Sang faqir : Tidak terlewat, tuan puan. Masih sempat. Tuan puan tidak salah dan bukan ibubapa yang jahat tetapi kita tidak faham. Masih sempat untuk ubah suasana.
Ayah : Terima kasih ustaz atas nasihat.
Ibu : Terima kasih ustaz.
Sang faqir : Sama-sama. BarakALLAHu Fiikum. Semoga sentiasa bahagia dalam Rahmat dan Redha ALLAH.
Mereka berlalu.
Kepada ibubapa lain. Ingatlah, 8-10 tahun bukan masa yang panjang, singkat sahaja untuk pembesaran anak-anak.
Hargai setiap detik itu. Supaya kita tidak menyesali setiap detik itu suatu masa nanti.
Wassalaam.
#copypaste

Anak Anak
Makin kuat kabus jerebu di Brunei ane
Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yg terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yg terancam.
Jgn lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.
Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yg dpt menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yg lebih merbahaya.
Oleh Prof. Dr Norhisham Wahab.
Sayangi keluarga anda.
Nah untuk biskita yang malas kan membali air kelapa atau minum limau nipis, paling senang amalkan 2 bj pagi dan 2 bj malam makan Vitamin Celwise ane.
Share pun kena bagi Commission
Aza share saja. Aza ukan bjual. Aza share kan produk yg Aza sendiri gunakan. Alhamdulilah smua berpias hati. Klu mau sendiri membali sendiri shopping online or sendiri Walk In paling dakat kadai nya d Kota Kinbalu or Kuching, pilihan produk dlm Green Supermarket ane ada labih dr 350+ item. Join member bulan ane hanya $5 atau RM10. Valid shingga 18hb sept ane. Lapas atu akan balik normal price $25/RM70.
.
Apa sj benefit nya bila dh join?
Bila dh join member dpt Read the rest of this entry
Kebaikan Nutragene
NUTRAGENE dikenali juga DNA plus utk meningkatkan metabolisma tubuh agar sentiasa cergas dan sihat bertenaga
Kandungan
Mengandungi ekstrak minyak / telur ikan salmon yg tinggi utk kesihatan otak, jantung dan tubuh
Buah prune yg mengandungi pelbagai vitamin dan mineral utk pemulihan pada DNA tubuh
❇ Membantu memulihkan kembali kerosakan tisu dalam tubuh selepas kecederaan , luka atau kesan antioksidan
❇ Membantu memperbaiki kekurangan zat dalam tubuh akibat radikal bebas, asap rokok, pemakanan tidak seimbang, berlemak, tidak teratur
❇ Sangat diperlukan untuk mengembalikan tenaga bagi biskita yang sibuk dan aktif dengan tugasan harian, kurang mengambil sayur-sayuran dan mengelakkan depresi
Siapa yg disyorkan untuk menggunakan
🖲 lemah tenaga
🖲 terkena strok
🖲 selalu demam
🖲 sakit sendi
🖲 kencing manis
🖲 anti kanser
🖲selepas pembedahan
🖲menguatkan minda
🖲darah tinggi/ masalah jantung
🖲masalah kulit kering/ gatal
A GOAL WITHOUT A PLAN IS JUST A WISH
A GOAL WITHOUT A PLAN IS JUST A WISH
‘Nak berjaya hati kena kental , kuat semangat , jgn pernah mngalah , sekali pun kita d landa ujian atau kita down , look back ur ‘Big why’ permulaan u melangkah utk maju. Bangkitlah wahai hati klu bkn diri sendiri yg merubahnya . Sentiasa berdoa dekat dgn Allah sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 dgn kita . Percayalah rezeki Allah itu luas. Tinggal kita saja yg berusaha dan bertindak dan finally u got the goals ur target .In sha Allah ‘
Assalamu’alaikum & good morning😊
Big Why?
ni dapat dari geng spire.. diorg share
1. Kenapakah anda nak memulakan pekerjaan ini
2. Apakah pekerjaan yang anda nak mulakan?
3. Bagaimanakah prestasi semasa anda bekerja tersebut?
4. Apakah perkhidmatan yang bakal ditawarkan kpd majikan utk penambahbaikkan?
5. Jika pelanggan komplen produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan
apakah tindakan pada “masalah” mereka?
6. Adakah anda sudah membuat kajian tentang pekerjaan anda atau perkhidmatan yang ditawarkan menjadi yang terbaik?
7. Berapakah banyak masa yang anda sanggup korbankan untuk pekerjaan ini?
8. Apakah kaedah yang anda gunakan untuk letakkan harga diri anda semasa bekerja?
9. Bagaimanakah perkhidmatan anda berbeza dengan pesaing?
10. Siapakah pesaing anda sekarang?
11.Adakah anda boleh mendahului pesaing anda?
12. Apakah yang membezakan produk atau perkhidmatan anda berbanding produk dan perkhidmatan yang lain di pasaran?
13. Kenapakah anda “mesti” bekerja?
14. Apakah kelebihan untuk memulakan idan bagaimanakah anda akan memperolehi kelebihan saya tersebut?
15. Bagaimana anda mempromosikan perkhidmatan anda kepada majikan?
16. Apakah jenama yang anda gunakan?
17. Bagaimanakah anda melindungi jenama ini?
18. Apakah saluran yang anda gunakan bagi menjaga nama baik sanda atau perkhidmatan saya?
19. Di manakah anda mula bekerja?
20. Adakah anda memerlukan pekerja dengan kalangan ramai?
Sekiranya anda perlukan, berapa ramai dan dimanakah anda akan rekrut mereka?
21. Berapa banyakkah prestasi anda mahukan?
22. Berapa banyakkah prestasi anda buat masa ini?
23. Jika diberi pilihan pekerjaan lain adakah anda akan pergi atau masih bekerja dengan sedia ada tapi anda di beri peluang memohon untuk kenaikkan gaji?
24.Adakah anda akan membuat pinjaman dari bank, agensi atau keluarga?
25.Perlukah majikan sediakan caruman yang perlu dibuat (KWSP, SOCSO dll) untuk pekerja?
26.Apakah risiko anda dalam pekerjaan ini? Bagaimanakah anda menguruskan risiko tersebut?
27.Jika diberi peluang apa yang anda mahukan dari majikan anda?
28.Sekiranya apa yang anda rancangkan tidak berjalan dengan baik, apakah tindakan yang akan anda lakukan?
29.Apakah matlamat anda 3tahun akan datang?
30.Apakah “Big Why” yang buat anda rasa terbakar untuk bekerja?
Sila share, moga bermanfaat. in shaa Allah
3T Penting anda perlu tahu
Saya percaya semua orang nak berjaya. Tapi adakah tindakan kita betul-betul ke arah yang betul. Itu masalahnya sekarang ni. Cakap nak berjaya capai RM1juta tapi masih lakukan perkara yang sama. Ini yang perlu anda lakukan sekarang.
Sebelum tu saya nak beritahu pada anda, 80% kejayaan adalah berpunca dari persediaan. Tapi bukan tunggu sempurna baru nak bermula
Mudah jer formula nak buat sesuatu benda sampai jadi. Anda ikut dan amalkan untuk setiap perkara yang anda nak capai dalam hidup termasuk target jualan bulanan anda.
3T penting anda perlu tahu :
1. Target – Tetapkan apa yang anda nak capa dengan lebih terperinci, dan tuliskan supaya anda nampak lebih jelas perkara nak capai tu. Buat sesuatu tak ada matlamat boleh sesat beb.
2. Tindakan – Senaraikan apa “Things to work on” untuk anda capai matlamat supaya tahu apa yang perlu anda lakukan seterusnya.
3. Tekanan – Ini lebih kepada BIG WHY. Kenapa anda buat semua ni. Kenapa anda sanggup susah payah untuk capai matlamat anda. Ini yang buatkan anda terus buat jer.
Credit Najib Assadok.
Silakan share dan sama sama mendapat manfaat.
Cara Pengambilan air dan karbohidrat semasa berlari
• Cara pengambilan air dan karbohidrat semasa berlari •
Kadar karbohidrat dan air yang diambil sewaktu larian jarak jauh adalah penting apabila larian tersebut melebihi 90 minit kerana badan bekerja lebih keras daripada biasa
Namun ramai tidak tahu cara nutrisi semasa berlari menyebabkan bonk, hitting the wall, atau fatigue berlaku
Pengambilan nutrisi semasa berlari sebenarnya banyak bergantung kepada individu namun ini antara nasihat umum yang boleh dipraktikkan ialah
Ambil karbohidrat dalam lingkungan 30g-60g setiap satu jam, ini bersamaan
•3-4 gelas air sport drink
•Satu hingga dua energy gel
•Satu energy bar
•Beberapa energy ball/chew
•2 biji pisang
•6 biji kurma
Pengambilan karbohidrat lebih daripada 60g/jam tidak digalakkan kerana badan tidak mampu untuk menyerap jumlah karbohidrat lebih daripada itu dan ia hanya akan menambah rasa tidak selesa pada sistem penghadaman
Minum air secukupnya. Kita akan mula rasa dahaga apabila kita mula kehilangan hampir 1% berat badan sebab air. Pelari disarankan berhenti minum bila perut mula berkocak
Amalan untuk minum air terlalu banyak sebelum acara larian adalah tidak digalakkan. Kandungan air yang lebih akan mengakibatkan kandungan garam dalam badan berkurang (dilutional hyponatremia) yang boleh membahayakan nyawa. Minum secukupnya hingga air kencing jernih sahaja
Sebelum melakukan aktiviti larian yang mengambil masa lebih 90 minit, aktiviti fizikal yang berat tidak disarankan sehingga 8-12 jam sebelum acara. Ini untuk mengelakkan badan pelari kehilangan air dan kita tidak sempat mengantikan air yang hilang semula
Setiap pelari memerlukan 400ml hingga 800ml setiap jam sewaktu larian. Sekiranya cawan yang disediakan di water station ialah 100-200ml, ini bermakna pelari memerlukan lebih kurang 3-5 cawan setiap jam
Mereka yang berbadan berat, berlari laju, berlari ketika cuaca panas memerlukan lebih banyak air daripada mereka yang berbadan ringan, berlari perlahan dan berlari sewaktu cuaca sejuk
Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi, dehidrasi menyebabkan pelari terdedah kepada muscle cramp, heat exhaustion, heat stroke dan fatigue
Cara dan strategi pengambilan air dan karbohidrat adalah bergantung kepada individu. Ketahui pace anda, kaji water station, energy gel, buah adalah pada kilometer ke berapa dan rancangan pola pengambilan air anda
Sekiranya perlu bawa energy gel/bar atau air anda sendiri. Seeloknya gunakan energy gel/bar yang ada biasa gunakan, yang tidak menyebabkan ganguan pada perut dan sistem penghadaman anda
*bilangan makanan yang diberikan adalah dalam anggaran, mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz, sila baca kandungan nutrisi untuk setiap makanan untuk jumlah yang lebih tepat
Lawati instagram (ig) @fasathletics untuk mendapatkan lebih lagi tips-tips berkenaan larian
Credit to @fasatheletics